Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 13

TEORI KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boLeh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.

Guru merupakan pembimbing, pemudah cara dan perancang sedangkan pelajar yang memain peranan utama dalam P&P. Model pengajaran yang sesuai ialah inkuiri-penemuan, pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif.


KAEDAH SIMULASI


Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran


KERANGKA TEORITIKAL


Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

AKTIVITI 12: Permurniaan

TAJUK KAJIAN:

Pengintegrasian Video Dan Smart Kit Untuk Pelajar Bermasalah Pendengaran

Matlamat/Objektif Umum:

Meningkatkan pemahaman dan minat murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan.

Objektif Khusus:

1. Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan.
2. Mengubah kaedah pengajaran guru supaya lebih menarik dan berkesan.
3. Membantu murid memahami dan mengingat melalui gambaran visual dan penggunaan kit yang menarik.

Soalan Kajian:

1) Bagaimanakah penggunaan Video dan Kit dapat meningkatkan minat, pemahaman dan daya ingatan murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, Perdagangan dan Prinsip Akaun?
2) Adakah proses pengajaran guru menjadi lebih menarik setelah menggunakan video dan Smart Kit dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

AKTIVITI 11: Tugasan 2

MENGENAL PASTI MASALAH

Jurnal 1: An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroomskan

1. Guru mendapati pelajar lebih banyak masa difokukan kepada matapelajaran matematik dan pembacaan sedangkan matapelajran pendidikan sosial diperuntukkan waktu yang sedikit. pendidikan sosial sangat penting untuk menghubungkan pelajar dengan dunia luar dalam pelbagai aspek seperti budaya, sejarah dan sebagainya.
2. Guru memikirkan cara yang terbaik untuk menarik minat pelajar ketika belajar matapelajaran pendidikan sosial di dalam bilik darjah agar pembelajaran yang diperolehi oleh pelajr lebih bermakna


Jurnal 2 : Developing Formative Assesment in the Classroom: using action research to explore and modify theory


1. Untuk membangunkan potensi secara berterusan di dalam kelas adalah dengan melakukan penilaian untuk membantu pembelajaran. Pengkaji menjadikan penilaian formatif di dalam bilik darjah sebagai permasalahan kajian untuk meningkatkan pencapaian pelajar seterusnya membangunkan penilaian formatif.
2. Pengkaji juga melihat samaada kajian tindakan yang dibuat secara kolaboratif dapat membawa perubahan kepada profesionalisme guru dan amalan penilaian di dalam kelas



Jurnal 3: Coming to Terms with the Online Instructional Revolution: a success story revealed through action research


Pengkaji ingin melihat adakah kandungan pengetahuan yang diperolehi daripada pembelajaran subjek biologi berasaskan dalam talian adalah sama dengan pembelajaran secara tradisional iaitu di dalam bilik darjah. Maka, pengkaji telah bersetuju bahawa tempat untuk memulakan penerokaan terhadap pembelajaran berasaskan web dalam subjek biologi ini adalah di dalam kursus itu sendiri terutamanya yang direka untuk pelajar non-major. Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan pelajar-pelajar daripada non-major dalam kursus biologi sebagai sampel untuk dibuat penyelidikan.

AKTIVITI 10: Tugasan 1: buku

MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN dalam buku Educational Inclusion As Action Research : an interpretive discourse
(Christine O'hanlon)



1. Penyelesaian masalah boleh dikenalpasti dengan memikirkan tentang situasi masalah yang telah dialamatkan. Persoalan kajian kemudian akan disiasat dan tindakan akan diambil untuk memperbaikinya. Apa-apa situasi soalan tertentu boleh dijadikan sebagai persoalan kajian.
Contohnya :
=Bagaimana pembelajaran secara sokongan bantuan dapat membantu dalam
amalan inklusif di sekolah
=Adakah sekolah menggunakan sepenuhnya pembelajaran secara sokongan bantuan untuk meningkat dan memberi galakan kepada pembelajaran pelajar di dalam
bilik darjah

2. Selain itu, pernyataan masalah boleh juga dimulakan dengan sesuatu isu yang berlaku di sekolah. Sesuatu isu biasanya, ekoran daripada tindakan perdebatan atau pernyataan tentang aspek amali yang diragui/boleh dipersoalkan atau besifat kontroversi/menimbulkan perbalahan.

3.Selain itu, permasalahan turut wujud dalam diri sendiri iaitu penyelidik selaku guru turut mengambil perhatian terhadap sesuatu yang ingin diketahui iaitu apakah yang berlaku. Adalah penting memulakan dengan bertanya pada diri sendiri mengapa soalan atau masalah tertentu penting bagi anda

Berdasarkan kajian kes :

Meg seorang guru sekolah rendah telah mengaplikasikan kajian tindakan yang telah dipelajari ketika di universiti. Dia sangat bimbang dengan beberapa orang murid di dalam kelasnya yang sering menimbulkan gangguan kepada pelajar lain untuk belajar kerana masalah pengurusannya dan dia merasakan mereka tidak mendapat pengajaran yang baik darinya.

Meg telah dapat mengenal pasti masalah setelah mengalaminya sendiri. Dia perlu melakukan kajian untuk menangani masalah ini. Meg telah menimbulkan persoalan kajian iaitu :

" bagaimana saya boleh menguruskan tingkah laku pelajar yang sering menimbulkan gangguan di dalam kelas"
Meg mula mengelaskan tingkah laku murid dengan membuat pemerhatian.
+ murid berlari mengelilingi bilik darjah
+ murid sentiasa pergi ke tandas
+ suka mengganggu rakan yang lain
setelah dapat mengenalpasti tingkah laku murid barulah Meg mengaplikasi kaedah yang lebih sesuai sebagai kajian untuk mengubah tingkah laku muridnya supaya lebih fokus ketika belajar
4. Untuk memulakan kajian :

1. adalah penting tanya dahulu diri sendiri mengapa soalan tertentu atau perkara yang
menjadi isu itu yang dipilih
2. reflek pada sejarah profesional anda dan bagaimana menilai diri sendiri dan pengaruh yang menarik anda membuat pilihan tajuk kajian
3. tulis sedikit pengenalan pendek berkenaan kajian, reflek pada nilai pendidikan anda

5. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan dalam menentukan permasalahan kajian yang perlu dijawab oleh penyelidik sebelum melakukan penyelidikannya. Antara soalannya adalah

1. Apakah yang saya/kami ingin dedahkan dalam kajian?
2. Adakah kajian akan menjadi panduan kepada polisi atau amalan inklusif?
3. Apakah jenis bukti yang diperlukan?
4. Apakah yang boleh dipelajari daripada kajian?
5. Bagaimana bukti boleh dikumpul dan dengan siapa?Bagaimana data boleh ditafsirkan?


Berdasarkan buku “Becoming A Teacher
Through Action Research”
(Donna Kalmbach Phillips & Kevin Carr)
Di dalam kajian tindakan, kita mengkaji isu yang timbul atau berlaku pada diri kita sendiri, bermakna di dalam kehidupan dan amalan semasa kita, serta mempunyai potensi untuk menambah baik di dalam pengajaran, pembelajaran dan kehidupan. Ia melibatkan beberapa langkah iaitu:

• Menjelajah bidang yang diminati: Mengikut gerak hati. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kajian tindakan dijalankan untuk diri sendiri iaitu bagi menyelesaikan isu yang timbul pada diri sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
. Contohnya seperti “apakah yang anda ingin tahu di dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah cabaran dan kesukaran yang akan anda hadapi di dalam kelas? Bagaimanakah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan mencapai objektif pengajaran?

• Menjelajah konteks sekolah anda: Melihat persekitaran anda. Daripada permasalahan yang telah dikenalpasti, ia perlulah dibentuk menjadi satu persoalan yang difokuskan. Permasalahan ini adalah hasil daripada pemerhatian yang dilakukan pada persekitaran kita iaitu di sekolah terutama isu atau permasalahan yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas.

• Menubuhkan kumpulan penyelidikan: Rakan-rakan guru, kursus, dan literasi. Kajian tindakan yang dilakukan adalah tertumpu kepada amalan profesional di dalam kelas. Maka, kita tidak boleh menjalankannya dengan hanya berdasarkan teori-teori, kepercayaan dan cara mengajar kita sendiri. Oleh itu, ia perlualah dijalankan secara berkumpulan bersama dengan rakan-rakan sejawat lain bagi mengelakkan kesilapan dan ketidakpatuhan amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan panduan dan pandangan dari mereka yang lebih berpengalaman.Selain itu, melalui kursus perguruan yang telah kita jalani, kita boleh gunakannya di dalam kajian tindakan. Sebagai contoh, kita telah mempelajari strategi pengajaran tertentu dan kita bertanya, “adakah kaedah ini sesuai digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar?”

• Membentuk soalan kritikalMenurut Arhar, Holly and Kasten (2001), mereka mencadangkan agar guru / penyelidik menimbangkan perkara yang diberi perhatian sebagai satu cara dalam membentuk soalan-soalan kritikal. Soalan-soalan tersebut akan menyumbang kepada jalan yang terbaik bagi sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran. Dalam membentuk soalan ini, ia perlulah dibincangkan bersama ahli kumpulan dan soalan yang dihasilkan perlulah bermakna bukan sahaja kepada kita sebagai guru dan penyelidik, tetapi juga kepada murid yang merupakan responden kajian kita.


Berdasarkan buku DOING ACTION RESEARCH, A GUIDE FOR SCHOOL SUPPORT STAFF(Claire Taylor, Min Wilkie & Judith Baser);

Faktor utama untuk mendapatkan permulaan yang positif untuk melakukan Kajian Tindakan adalah dengan mendapatkan fokus yang betul; namun di sekolah,terdapat kesukaran untuk meletakkan keutamaan kepada perkara-perkara yang bakal memberikan kesan yang berfaedah.

PENTING:


- Perkara yang telah dikenalpasti untuk dilakukan penambahbaikan haruslah merupakan perkara yang boleh membawa kepada perubahan dan pengkaji juga bermotivasi untuk menjalankan kajian tindakan tersebut.

- Pengkaji mendapat keyakinan bahawa beliau mendapat hak untuk menggunakan dan mendekati sumber-sumber yang relevan serta peserta.
- Kegagalan projek kajian tindakan di sekolah berlaku kesan daripada idea yang 'diberi' kepada pengkaji, yang menyebabkan ketiadaan minat terhadap projek yang dikaji, pengkaji juga akan kurang merasakan kajian itu adalah kepunyaannya, dan juga tindakan untuk berubah tidak dilakukan.

- Pengkaji seharusnya mempunyai idea-idea mengenai apakah kemungkinan-kemungkinan penyelesaian terhadap masalah yang dikaji. ini bukanlah bermakna pengkaji dikehendaki membuat hipotesis yang canggih berkaitan kajian, pengkaji hendaklah mencuba membayangkan penyelesaian yang mungkin bakal membawa kepada perubahan.

Persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh pengkaji untuk mengenalpasti permasalahan kajian tindakan:

1.Apa yang saya lihat sebagai masalah?

2.Apa bukti yang boleh saya kumpulkan untuk menunjukkan bahawa ianya satu permasalahan?
3.Adakah permasalahan ini penting kepada saya dan adakah ia dapat menarik minat saya?4.Adakah saya mempunyai masa untuk membawa perubahan?

5.Adakah saya mempunyai sumber untuk menangani permasalahan ini?

6.Adakah saya mempunyai hak untuk mendekati peserta? (Pelajar/teman sekerja)
7.Adakah saya mempunyai idea mengenai apakah tindakan yang berkemungkinan akan membawa kesan kepada perubahan?

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9 - mini KT

TAJUK KAJIAN:

Pengintegrasian Video Dan Smart Kit Untuk Pelajar Bermasalah Pendengaran

Matlamat/Objektif Umum:

Meningkatkan pemahaman dan minat murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan.

Objektif Khusus:

1. Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan.
2. Mengubah kaedah pengajaran guru supaya lebih menarik dan berkesan.
3. Membantu murid memahami dan mengingat melalui gambaran visual dan penggunaan kit yang menarik.

Soalan Kajian:

1) Bagaimanakah penggunaan Video dan Kit dapat meningkatkan minat, pemahaman dan daya ingatan murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, Perdagangan dan Prinsip Akaun?
2) Adakah proses pengajaran guru menjadi lebih menarik setelah menggunakan video dan Smart Kit dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

AKTIVITI 8 - mini KT

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU DAN PERDAGANGAN

Cadangan Ahli Kumpulan

1. Guru menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid, iaitu murid terlibat secara aktif di dalam kelas.
2. Guru menggunakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingat tajuk dalam bahasa melayu terutamanya tatabahasa dan juga fakta-fakta dalam subjek perdagangan.
3. Guru menggunakan video dan kit pengajaran sebagai ABM bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran terutama Bahasa Melayu dan Perdagangan.
4. Guru memberi penerangan atau definisi terhadap perkataan-perkataan yang baru kepada pelajar.
5. BBM yang menarik boleh digunakan untuk meningkatkan ingatan pelajar terhadap subjek-subjek tersebut.

Cadangan Dari Luar Kumpulan

1. Guru boleh menggunakan BBM yang menarik dan sesuai untuk meningkatkan teknik membina ayat untuk Bahasa Melayu.
2. Guru membuat set induksi yang menarik bagi menarik tumpuan pelajar.
3. Guru harus memberi tumpuan kepada pelajar secara keseluruhan dan memberi penerangan supaya setiap pelajar dapat memahami pengajaran tidak kira pelajar yang pintar atau lemah.

AKTIVITI 7- mini KT

Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu:

1) Guru menggunakan kaedah pengajaran yang sama setiap kali masuk ke kelas.
2) Guru hanya menyuruh pelajar membaca sahaja di dalam buku teks dan membuatkan pelajar bosan.
3) Guru tidak melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas.
4) Guru lebih banyak mengajar menggunakan teknik syarahan.
5) Guru tidak banyak menggunakan bahan bantu mengajar.

Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Perdagangan:

1) Guru tidak menggunakan sebarang ABM untuk meningkatkan kefahaman murid.
2) Guru tidak menekankan atau menerangkan sesetengah perkataan-perkataan yang baru kepada murid.
3) Terdapat banyak fakta dalam subjek ini tetapi guru tidak menunjukkan cara-cara untuk meningkatkan ingatan murid.
4) Guru perlu menerangkan setiap transaksi satu persatu dimana sekiranya pelajar tidak memberi perhatian atau terhayal seketika akan menyebabkan pelajar itu tertinggal langkah sebelum itu dan menyukarkannya untuk menguasai topik tersebut.
5) Guru menggunakan kaedah yang sama setiap kali masa pengajaran iaitu menggunakan kaedah “chalk & talk”.


PENGALAMAN DARI LUAR KUMPULAN

Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu:

1) Guru sukar mengajar teknik membina ayat, karangan, rumusan, ayat tersirat tersurat.
2) Ada sesetengah guru terlalu terikat pd buku teks.
3) Guru tidak menggunakan set induksi.

Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Perdagangan:

1) Mengambil masa yang lama untuk menerangkan tentang sesuatu topik.
2) Guru hanya berfokus pada tajuk yg keluar dalam peperiksaan.
3) Guru hanya meminta pelajar menyalin nota(guru baca dan pelajar salin).
4) Guru tidak memberi perhatian kepada pelajar lemah dan beranggapan semua pelajar pandai.

AKTIVITI 6 - mini KT

PENGALAMAN AHLI KUMPULAN

Refleksi Mengenai Kekuatan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu

1) Guru menerangkan secara terperinci topik-topik di dalam Bahasa Melayu seperti format surat dan laporan, bagaimana membuat pantun, syair, sajak damn puisi juga lain-lain.

2) Guru menggunakan teknik pengajaran yang menarik minat pelajar seperti membuat lakonan dan simulasi bagi tajuk komponen sastera dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

3) Guru menggunakan teknik peta minda untuk memudahkan pelajar mengingat isi-isi penting sebelum membuat karangan.

4) Guru banyak memberi latihan kepada pelajar.

5) Guru menggalakkan dan menekankan budaya membaca di kalangan murid untuk memudahkan penghasilan isi-isi untuk membuat karangan.

Refleksi Mengenai Kekuatan Pengajaran Subjek Perdagangan :

1) Mata pelajaran perdagangan diajar mengikut perkembangan semasa dan guru memberi hubung kait dengan aktiviti harian supaya pelajar mudah faham.


PENGALAMAN DARI LUAR KUMPULAN

Refleksi Mengenai Kekuatan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu:

1) Mata pelajaran bahasa melayu mudah diajar kerana ianya bahasa ibunda.

2) Guru menggunakan kaedah dendaan untuk memotivasikan pelajar supaya rajin membaca.

3) Guru menggunakan cara yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar (memberi penerangan yang jelas dan ada sense of humor).


Refleksi Mengenai Kekuatan Pengajaran Subjek Perdagangan :

1) Guru memberikan banyak contoh yang sesuai.
2) Guru memberi latihan selepas tamat setiap bab.
3) Guru mengajar mengikut perkembangan semasa dan mempunyai hubung kait dengan aktiviti harian.

AKTIVITI 5: Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT

SOALAN : Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Merujuk kepada buku EDUCATIONAL INCLUSION AS ACTION RESEARCH :
( christine o'hanlon )

1. Meningkatkan mutu pengajaran mereka
2. Meningkatkan keberkesanan profesional sebagai guru untuk menyumbangkan pengetahuan kepada masyarakat dan pendidikan menyeluruh.
3. Menjadikan guru sebagai seorang yang reflektif terhadap isu-isu pengajaran dalam pendidikan
4. Membentuk kemahiran yang meningkatkan kefahaman tentang sekolah dan kerumitan di dalam bilik darjah
5. Menyediakan kefahaman mendalam untuk membuat keputusan setiap hari berkaitan dengan amalan pendidikan secara menyeluruh.

Menurut buku: BECOMING A TEACHER THROUGH ACTION RESEARCH (Donna Kalmbach Philips & Kevin Carr)
• Untuk mengetahui proses untuk menjadi seorang guru.
• Untuk memahami dengan lebih baik isu pelajar dan sekolah
• Untuk menganalisis kurikulum, berdasarkan literature di dalam amalan tersebut, dan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan sebagai suatu petunjuk kepada seorang guru untuk melaksanakan tindakan yang sewajarnya.
•Untuk mencari atau menghasilkan kaedah pengajaran, amalan atau pendekatan sebagai perkara yang dititikberatkan untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran, sikap dan motivasi pelajar.
Menurut buku: DOING ACTION RESEARCH, A GUIDE FOR SCHOOL SUPPORT STAFF (Claire Taylor, Min Wilkie & Judith baser)
• Untuk memperbaiki P & P
Untuk mendapatkan wawasan baru serta kefahaman terhadap pelbagai isu yang berlaku di sekolah. Kajian ini juga dapat memberi bukti serta penjelasan terhadap peristiwa serta fenomena yang berlaku. Selain itu, ia juga adalah untuk meningkatkan kualiti kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
• Untuk menghasilkan teori baru Ketika menjalankan rangka kerja kajian yang sistematik, terdapat peluang untuk menghasilkan teori untuk memahami proses praktikal di dalam P & P.
• Untuk meningkatkan kemahiran merefleks pendidik

SOALAN : Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Pengintegrasian Video dan Smart Kit untuk meningkatkan pemahaman pelajar masalah pendengaran

Kami menggunakan video dan juga smart kit sebagai bahan bantu mengajar untuk pelajar masalah pendengaran. Kami memilih tajuk ini kerana:
1. Meningkatkan pemahaman pelajar masalah pendengaran
*Sebagai langkah untuk mereka lebih mudah untuk memahami apa yang diajar. Kami menggunakan video sebagai gambaran visual untuk memudahkan pelajar memahami tajuk-tajuk dalam Bahasa Melayu dan Perdagangan
2. Membantu pelajar memahami maksud/makna sesuatu perkataan
* Pelajar bermasalah pendengaran sememangnya lemah dalam penguasaan bahasa terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berbanding dengan matapelajaran yang melibatkan kemahiran dan pengiraan. Ada sesetengah pelajar yang hanya tahu perkataan tetapi tidak mengetahui makna perkataan tersebut. Mereka tidak pernah mendengar perkataan atau istilah-istilah baru yang mungkin asing bagi mereka. Penglihatan secara visual dapat membantu kefahaman mereka contohnya seperti perkataan pengalaman, kata kerja, perniaagaan, pengguna, iklan, pembeli, pembekal dan sebagainya
3. Melibatkan pelajar masalah pendengaran secara aktif di dalam bilik darjah
*Penggunaan smart kit juga dapat mewujudkan pembelajaran secara student centred pelajar terlibat secara aktif di dalam bilik darjah. selain itu ia dapat membantu pelajar mengingat dan sekaligus dapat membantu pelajar menguasai pelajaran yang diajar oleh guru

Sunday, November 15, 2009

AKTIVITI 4 - Cadangan mini kajian tindakan

TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN

Pengintegrasian Video Dan Smart Kit Untuk Pelajar Bermasalah Pendengaran

Cadangan kami untuk mini kajian tindakan dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan bahan elektronik dan bukan elektronik. Kami menggunakan video dan juga smart kit sebagai bahan bantu mengajar untuk pelajar masalah pendengaran. Pelajar bermasalah pendengaran lemah dalam penguasaan bahasa terutamanya bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ada sesetengah pelajar yang hanya tahu perkataan tetapi tidak mengetahui makna perkataan tersebut. Jadi kami menggunakan video sebagai gambaran visual untuk memudahkan pelajar memahami dengan melihat sendiri apa yang terdapat di dalam video yang ditayangkan bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan Perdagangan yang bersesuaian dengan topik pengajaran. Penggunaan smart kit adalah untuk meningkatkan penguasaan dan ingatan pelajar serta melibatkan pelajar secara aktif di dalam bilik darjah
Peserta kajian : peserta kajian melibatkan pelajar masalah pendengaran.
Setting kajian : di dalam bilik darjah

AKTIVITI 3: Tugasan 3: kolokium senior (Individu)


LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR

MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN UNTUK BERKOMUNIKASI SECARA LISAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘VERBAL REPEATITION’ DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


PEMBENTANG :

Suzana Mohd Fauzi (P48659)
Ummi Salmah Adnan (P48606)
Najwa Hayatee Abdullah (P48610)


PERNYATAAN MASALAH

Kajian inni dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ dapat meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini juga dapat menilai adakah pelajar bermasalah pendengaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah ’ verbal repeatition’.


METODOLOGI

Guru menggunakan model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai metodologi kajian mereka. Langkah yang terlibat ialah perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

1. Perancangan - Guru merancang bagaimana caranya untuk memudahkan pelajar berkomunikasi secara lisan

2. Tindakan - Guru melakukan kaedah ‘verbal repeatition’ sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali supaya pelajar dapat memahami dan menyatakan bunyi yang disebut oleh guru.

3. Pemerhatian - Guru mengutip data melalui :

1, Pemerhatian
2. Rakaman video
3. Temubual
4. Diari

4. Refleksi - Guru akan membuat penambahbaikan bagi kitaran seterusnya setelah peringkat kitaran yang pertama tidak menunujukkan perubahan kerana pelajar masih lagi tidak yakin dan malu untuk berkomunikasi secara lisan.

SAMPEL KAJIAN

Melibatkan 19 orang pelajar bermasalah pendengaran


SETTING KAJIAN

SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, Kuala Lumpur


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA


Hasil yang diperolehi oleh pengkaii melalui proses pengumpulan dan penganalisisan data ialah :

Analisis hasil dapatan dari data pemerhatian.
1. Pelajar semakin yakin berkomunikasi secara lisan dan juga dalam menyebut istilah-istilah perkataan
2. Pelajar berani tampil ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru
3. Wujud aktiviti bantu-membantu

Analisis hasil dapatan dari data temubual.
1. Sesetengah pelajar sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan
2. Pelajar berasa seronok kerana diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar

Analisis data daripada rakaman video
1. Pada awal kaedah diperkenalkan, pelajar kurang yakin dan malu untuk berkomunikasi dan menyebut istilah perkataan
2. Pada kitar kedua, pelajar menunjukkan keyakinan dan berani tampil ke hadapan kelas


IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian hasil penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ di dalam bilik darjah telah menunjukkan tindak balas yang positif dari pelajar bermasalah pendengaran. Pelajar dapat menyebut beberapa istilah di dalam matapelajaran yang diajar di sekolah. Pelajar juga boleh berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan mereka dengan mengeluarkan suara dan berjaya menyebut perkataan dengan betul. Kaedah ini juga telah menarik minat pelajar-pelajar yang pasif dan malu untuk mengeluarkan suara terlibat secara aktif dengan pelajar lain ketika proses P&P.


APA YANG DAPAT DIPELAJARI

Kajian yang telah dilakukan oleh pelajar DPLI Januari ini telah memberi input yang berguna kepada saya iaitu :

1. Mengetahui cara untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah pendengaran berkomunikasi secara lisan
2. Mengetahui cara bagaimana untuk meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap matapelajaran yang diajar. Guru memainkan peranan penting untuk membantu pelajar mengeluarkan suara, cuba menyebut perkataan atau istilah dengan betul supaya pelajar tidak malu untuk mengeluarkan suara serta tidak bergantung dengan bahasa isyarat semata-mata sepertimana yang berlaku di luar Negara.



MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR MASALAH PENDENGARAN DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TEMA PENCAPAIAN KENDIRI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN DART
PEMBENTANG:

Azwani Binti Mohamed Ariff

Nurul Huda Binti Mohd Rejab

Nor Sakinah Binti W. Ishak

PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan penglibatan pelajar masalah pendengaran dalam matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bagi tema pencapaian kendiri dengan menggunakan kaedah permainan dart. Guru ingin melihat sejauh mana kaedah permainan dart ini dapat meningkatkan penglibatan pelajar ketika proses pengajaran matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan berlaku di dalam bilik darjah dan bagaimana kaedah permainan dart ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperi tolak ansur dan kerjasama di antara pelajar-pelajar.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan dua kitaran. Langkah pertama yang dilakukan oleh guru ialah mengenal pasti masalah terlebih dahulu. Guru mendapati pelajar cepat merasa bosan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru telah membuat kajian melalui proses :
1. Merancang- Guru menggunakan permainan dart sebagai aktiviti pengukuhan kepada pelajar. Permainan dart ini digunakan untuk menarik minat pelajar terhadap matapelajaran sivik dan kewarganegaraan serta dapat mewujudkan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar.
2. Tindakan - Ketika proses P&P pelajar akan dipecahkan kepada tiga kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan akan membaling dart dan menjawab soalan. Setiap warna di papan dart mewakili soalan yang berlainan.
3. Pemerhatian- Guru membuat pemerhatian ketika aktiviti ini dilakukan. Guru mendapati pelajar melibatkan diri secara aktif tetapi masih ada yang pasif iaitu dalam dua ke tiga orang pelajar. Pelajar juga dilihat kurang berkerjasama antara ahli kumpulan.
4. Refleksi - Guru kemudian membuat penambahbaikan pada kitaran yang kedua. Pada kitaran kedua pelajar telah diberitahu oleh guru supaya mementingkan nilai kerjasama dan sentiasa membantu rakan-rakan yang lain.

SAMPEL KAJIAN

Sembilan orang pelajar masalah pendengaran iaitu tiga orang pelajar perempuan dan enam orang pelajar. Sekolah tersebut hanya mempunyai sembilan orang pelajar masalah pendengaran.


SETTING KAJIAN
SMK Dato’Amar Diraja, Muar, Johor


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Guru menggunakan kaedah secara kualitatif di dalam kajian ini. Guru mengumpul data menggunakan :
1. Video – Guru membuat pemerhatian pelajar melalui video dan dapat mengesan kurangnya kerjasama di antara pelajar-pelajar
2. Gambar – Guru juga mengumpul dan menganalisis maklumat yang ada melalui gambar yang diambil ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dilakukan
3. Catatan pengkaji – Guru menggunakan catatan pengkaji sebagai rujukan
4. Temubual pelajar – Guru membuat temubual tidak berstruktur untuk mendapat respon dari pelajar

IMPLIKASI KAJIAN
Setelah penambahbaikan pada kitaran kedua dilakukan oleh guru, semua pelajar melibatkan diri secara aktif ketika permainan dart dilakukan. Pelajar juga kelihatan bekerjasama dan tolong antara satu sama lain. Melalui kaedah permainan dart ini, wujud nilai-niliai murni yang seharusnya ada dalam diri pelajar.


APA YANG DAPAT DIPELAJARI
Kajian yang telah dilakukan oleh pelajar DPLI Januari ini telah memberi input yang berguna kepada saya iaitu :
1. Mengetahui bahawa pelajar-pelajar masalah pendengaran lebih menyukai dan aktif dalam bilik darjah apabila guru menggunakan aktiviti permainan berbanding dengan pengajaran yang berpusatkan guru iaitu syarahan.
2. Setiap aktiviti yang dilakukan ke atas pelajar perlulah diserapkan nilai-nilai murni seperti sikap tolak ansur, kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain agar maklumat atau isi pengajaran diperolehi bersama.

Secara keseluruhannya, melalui kedua-dua laporan pembentangan kolokium senior, saya dapat memahami bagaimana metodologi dan proses yang terlibat yang akan digunakan untuk membuat kajian tindakan di sekolah. Setiap proses melalui beberapa peringkat iaitu mengenal pasti masalah, merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi hasil dari kajian yang telah dilakukan. Kemudian pengkaji boleh membuat penambahbaikan untuk mendapat hasil atau implikasi yang lebih positif untuk kajian tersebut.


AKTIVITI 3 : Tugasan 3: kolokium (kump.)

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR


MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN UNTUK BERKOMUNIKASI SECARA LISAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘VERBAL REPEATITION’ DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

PEMBENTANG :
Suzana Mohd Fauzi (P48659)
Ummi Salmah Adnan (P48606)
Najwa Hayatee Abdullah (P48610)

Ringkasan Kajian:

PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ dapat meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini juga dapat menilai adakah pelajar bermasalah pendengaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah ’ verbal repeatition’.

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian hasil penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ di dalam bilik darjah telah menunjukkan tindak balas yang positif dari pelajar bermasalah pendengaran. Pelajar dapat menyebut beberapa istilah di dalam matapelajaran yang diajar di sekolah. Pelajar juga boleh berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan mereka dengan mengeluarkan suara dan berjaya menyebut perkataan dengan betul. Kaedah ini juga telah menarik minat pelajar-pelajar yang pasif dan malu untuk mengeluarkan suara terlibat secara aktif dengan pelajar lain ketika proses P&P.

1) Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan?

Jawapan:

Kajian ini bertepatan dan bersesuaian dengan maksud kajian tindakan, dimana ia melibatkan penambahbaikkan dalam amalan pengajaran untuk meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar itu sendiri
.
2) Nyatakan sebab sesuai

Merujuk kepada permasalahan kajian, pengkaji telah mengenal pasti terlebih dahulu isu pelajar pendengaran yang tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi secara verbal dan mereka lebih selesa menggunakan bahasa isyarat sebagai medium komunikasi walaupun mereka mempunyai suara. Pengkaji juga melihat guru menjadi punca utama mengapa para pelajar kurang berkeyakinan untuk menggunakan suara. Dari situ, pengkaji telah membuat perancangan, pelaksanaan dan refleksi dalam melaksanakan pengajaran menggunakan verbal repeatition bersama-sama dengan bahasa isyarat yang mana lebih dikenali sebagai komunikasi seluruh.


MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI TEKNIK GUBAHAN LIRIK LAGU
NAMA PEMBENTANG :
ROBIAH BT MOHAMAD & SITI HAJJAR HASNAA BT YAHYA

OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan minat pelajar serta kaedah pengajaran guru dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
 Melatih para pelajar agar dapat mengingati fakta dengan mudah dan berkesan.
 Membina keyakinan dan jati diri pelajar.

DAPATAN KAJIAN
1.
Melalui rakaman audio, pengkaji mendapati bahawa pelajar merasa agak terkejut dan teruja walaupun pada mulanya pelajar merasa kekok & sukar menghayati lirik yang baru.
2. Hasilan daripada rakaman video pula menunjukkan para pelajar aktif melibatkan diri dalam tugasan yang diberikan serta bersemangat untuk menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri.
3. Melalui pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa para pelajar sentiasa aktif dan bertanya kepada guru ketika proses P & P. Pelajar juga menunjukkan semangat berpasukan serta tidak lagi bosan dan menunjukkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini.
4. Hasil daripada temubual pula, pengkaji mendapat respon daripada pelajar Tingkatan 4 bahawa teknik ini seronok kerana memberi kelainan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Manakala pelajar tingkatan 5 pula berpendapat teknik ini perlu diteruskan dan diberi penghargaan kepada pelajar yang menang.
1) Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan?

Kajian ini menepati maksud kajian tindakan

2) Nyatakan sebab sesuai

Ini kerana ia merupakan satu pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana pengkaji menggunakan pendekatan lirik lagu bagi meningkatkan minat para pelajar yang menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam mempunyai fakta yang banyak dan sukar diingat. Kajian ini menggunakan kaedah yang sistematik dalam membuat pengumpulan dan penganalisisan data.

PENAMBAHBAIKAN
:
Penggunaan perkataan 'meningkatkan' pada tajuk kajian tindakan ini adalah dirasakan tidak perlu digunakan kerana kajian tindakan dilakukan sememangnya bertujuan untuk meningkatkan sesuatu pencapaian atau perubahan kepada yang lebih baik.

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 2: Tugasan 2: Ulasan jurnal(individu)

JURNAL 1 : Developing Formative Assessment in the Classroom : using action research to explore and modify theory

( Membangunkan kaedah Penilaian Formatif dalam Kelas : Menggunakan Kajian Tindakan untuk menguasai dan mengubahsuai teori)

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk membangunkan kaedah penilaian formatif dalam bilik darjah kepada pelajar sekolah rendah. Ia bertujuan melatih kemahiran komunikasi pelajar sekolah rendah dalam membuat penilaian di samping menggalakkan interaksi sosial di kalangan pelajar. Selain itu,tujuan utama artikel ini dihasilkan adalah untuk melihat keberkesanan pendekatan kajian tindakan kolaboratif guru dalam membawa perubahan kepada amalan penilaian di dalam bilik darjah. Ini kerana kajian tindakan ini djalankan secara kolaboratif antara penyelidik dari 2 buah universiti dan sekumpulan guru penyelidik.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian yang diperolehi ialah melihat bagaimana pendekatan kajian tindakan kolaboratif guru dapat membawa perubahan kepada amalan penilaian di dalam bilik darjah dan melihat keberkesanan penilaian formatif di dalam bilik darjah dapat meningkatkan pembelajaran pelajar.

SAMPLE KAJIAN

Guru dan murid sekolah rendah(tidak dinyatakan secara spesifik)

SETTING KAJIAN

Bilik darjah sekolah rendah dan universiti

METODOLOGI KAJIAN

Kumpulan guru penyelidik menjalankan kajian dalam kelas mereka sendiri manakala kumpulan penyelidik universiti menjalankan kajian dengan cara temubual dan pemerhatian di dalam kelas.Pendekatan kajian tindakan yang dijalankan akan dibincangkan bersama antara 2 kumpulan tersebut.Stuktur dan turutan perjumpaan mereka bergerak daripada:
i.mengenalpasti isu-isu penilaian dan pembelajaran
ii. perbincangan kaedah kajian tindakan yang akan dijalankan
iii. mereka bentuk fokus kajian
iv.laporan kemajuan pergerakan dan perbincangan data
v.pembentangan dapatan kajian

Daripada aktiviti-aktiviti di atas mereka meneruskan kajian dengan proses pengumpulan data.Kajian tindakan ini berlangsung dengan 2 kitaran :

Mei-Disember 1997( fasa 1) dan Januari- Ogos 1998 (fasa 2)Hasil kajian daripada fasa 1 lebih kepada untuk membangunkan deskriptif dan analitik proses penilaian formatif yang akan diberi penambahbaikan pada fasa ke 2.

Pada fasa ke 2 kajian, penyelidik memberi penambahbaikan kepada kajian mereka. Pada fasa ini mereka telah mengenalpasti aspek yang perlu diberi perhatian semasa penilaian dan fokus kepada rangka kerja yang lebih praktikal serta mempertimbangkan semula pendekatan secara konvergen atau divergen dalam menjalankan penilaian.Rangka kerja yang dibentuk adalah seperti berikut:

1.Menyatakan tugasan dan kriteria kualiti yang lebih spesifik
2. Mereka soalan
3.Pemerhatian dan penghasilan data
4.maklumbalas dan penilaian

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Data dikumpul melalui :
a)rakaman penilaian interaksi di dalam kelas dan perbincangan semasa perjumpaan menggunakan audio dan video
b)diari kajian
c)contoh kerja pelajar
d)soal selidik, pemerhatian dan temubual dengan pelajar di dalam kelas

Penyelidik guru menggunakan kaedah pemerhatian yang membantu mereka mendapat maklumat mengenai apa yang pelajar sekolah tahu, faham dan buat . Semasa temubual atau pemerhatian dijalankan.Seperti yang dinyatakan,hasil dapatan daripada data fasa 1 digunakan untuk membangunkan fasa ke 2.2 perkara yang perlu diberi penambahbaikan adalahi.meneliti semula tujuan sesetengah aktiviti dan kriterianyaii.fleksibiliti kepada pelajar dalam kelas dan membangunkan pendekatan divergen daripada pendekata convergen

DAPATAN KAJIAN

Kajian mendapati penilaian secara formatif dalam kelas adalah pendekatan yang teoritikal dan praktikal dalam melaksanakan kajian dan pembangunan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama dengan bentuk divergen. Melalui kajian ,mereka dapati bentuk divergen lebih sesuai kerana ia lebih fokus kepada apa yang pelajar tahu , faham dan boleh lakukan.

JURNAL 2 : COMING TO TERM WITH THE ONLINE INSTRUCTIONAL REVOLUTION: A SUCCESS STORY REVEALED THROUGH ACTION RESEARCH

ABSTRAK

Artikel ini adalah tentang kursus tindakan dan hasil dari kajian tindakan guru iaitu berkenaan dengan pembangunan dan penilaian talian kursus asas biologi untuk yang bukan mengambilnya sebagai kursus utama. Kajian ini mengambil tempat di dalam komuniti kecil kolej dan membandingkan talian dan format pengajaran tradisional. Satu kursus telah dibangunkan dalam format pusat web sepenuhnya. Selepas satu semester pengajaran, penyertaan telsh dinilai dengan 50 item ujian pelbagai pilihan yang berkenaan kandungan hasil pengetahuan di dalam kursus tersebut. Apabila ujian markah dibandingkan oleh pelajar melalui format tradisional, ujian tersebut pada asasnya sama. Format kajian ini boleh digunapakai sebagai model kepada guru untuk meneroka isu tentang pengajaran melalui laman sesawang

SAMPLE :

Pelajar major bidang sains
Pelajar bukan major bidang sains

SETTING KAJIAN :

Sekolah kecil di Southeastern United States

PERSOALAN KAJIAN

Adakah pengajaran kursus biologi atas talian dapat meningkatkan pencapaian pelajar sains dan bukan sains

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1. mengenal pasti masalah
2. membuat rancangan tindakan
3. refleksi kepada keputusan
4. membuat analisis

JURNAL 3 : AN ACTION RESEARCH EXPLORATION INTEGRATING STUDENT CHOICE AND ARTS ACTIVITIES IN A SIXTH GRADE SOCIAL STUDIES CLASSROOM


ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk meneroka bagaimana penyepaduan seni dalam pendidikan sosial dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar serta kesan kepada pencapaian pelajar setelah meningkatnya motivasi dan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah. Rancangan pengajaran awal merujuk kepada pelbagai kecerdasan ketika penyepaduan aktiviti seni dan pengkaji hanya berpandukan kepada catatan reflektif guru dan tindak balas pelajar. Pengkaji tidak menjangkakan bahawa pelajar telah membuat pilihan di dalam pelbagai aktiviti untuk mendapat kesan terbaik yang akan diperolehi terhadap motivasi dan penglibatan mereka. Ramai pelajar pendidikan sosial telah memberi dalam tindak balas yang baik untuk menyepadukan aktiviti seni dan pilihan pelajar

PERMASALAHAN KAJIAN

1. Bagaimana cara untuk meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar
2. Adakah peningkatan penglibatan dan motivasi pelajar dapat memimpin kepada pencapaian pelajaran yang cemerlang

SAMPLE KAJIAN

Pelajar (seramai 650 orang) gred 6

SETTING KAJIAN

Dalam bilik darjah

METODOLOGI KAJIAN

kajian dilakukan oleh guru pelatih sebagai penulis pertama dan guru pembimbing dan pensyarah sebagai penulis kedua. Kajian dijalankan selama 20 kali pengajaran. kajian dilakukan untuk melihat penglibatan pelajar dengan aktif dalam proses pembelajaran mereka.Aktiviti seni disepadukan dalam pendidikan sosial. Dalam penggabungan ini terdapat projek yang perlu dilaksanakan oleh pelajar. Projek tersebut ialah pembentangan projek pelajar seperti membuat lakonan, lagu, lukisan, powerpoint dan sebagainya. Pelajar diberi pilihan untuk memilih cara pembentangan mereka sendiri

PENGUMPULAN DATA

Temubual harian
Catatan guru berkenaan terhadap penglibatan pelajar
Penilaian berdasarkan teori pelbagai kebolehan secara tidak formal pada awal kajian.
Pelajar membuat maklumbalas bertulis

PENGANALISISAN DATA

Refleksi yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan pengajaran seterusnya.Berdasarkan komen bertulis pelajar, pelajar dari kumpulan markah tertinggi dikumpul untuk dinilai kejayaannya.Berdasarkan dapatan yang diperolehi, aktiviti yang tidak disukai oleh pelajar dikeluarkan dari rancangan pengajaran.

DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian mendapati data yang telah dianalisis menunjukkan pelajar melibatkan diri secara aktif di dalam kelas dan melihat pelajar lebih seronok belajar di daam kelas dan dapat belajar dalam suasana yang lebih baik

PERSAMAAN

ketiga-tiga jurnal mempunyai persoalan kajian yang hampir sama iaitu untuk meningkatkan dan membuat pembaharuan ke atas kajian yang dilakukan untuk mendapatkan pencapaian atau keputusan yang baik selepas kajian tindakan dilakukan. kajian tindakan ketiga-tiga jurnal juga menggunakan sampel kajian yang sama iaitu pelajar sekolah dan setting kajiannya di sekolah iaitu di dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah.

PERBEZAAN

Perbezaan ketiga-tiga jurnal dapat dilihat dari metodologi kajian yang dilakukan. Jurnal 1, pengkaji membuat kajian secara berasingan. kemudian pengkaji-pengkaji akan berbincang tentang keputusan yang diperolehi dan merancang tindakan selanjutnya. Kajian ini melibatkan beberapa kitaran dan adanya penambahbaikan bagi setiap kitaran untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Pengkaji mendapatkan data melalui rakaman video dan audio, temubual, contoh kerja pelajar dan diari kajian. Jurnal 2 pula, pengkaji membuat kajian dengan membuat penilaian ujian kepada pelajar secara talian. terdapat 4 proses yang terlibat iaitu kenal pasti masalah, rancang dan bertindak, mereflek dan analisis. Data diperolehi melalui keputusan ujian pelajar. Jurnal 3, pengkaji memberi pilihan kepada pelajar menggunakan kreativiti mereka membuat pembentangan subjek pendidikan sosial. Pengumpulan data adalah melalui maklum balas pelajar, temubual, catatan guru dan temubual harian.


Thursday, November 12, 2009

AKTIVITI 2: Tugasan 2: jurnal (kump.)

Jurnal 1 : “Listening to Parents’ Voices: Participatory Action Research In The Schools”

Jurnal ini membuat kajian bertujuan untuk meningkatkan tahap kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar kurang upaya dari segi emosi melalui projek kajian tindakan. Apabila ibubapa berkongsi cerita mereka berkenaan pengalaman mereka dalam menjaga anak-anak mereka, ketidak upayaan dan pengasingan. Dari situ mereka cuba untuk mendapatkan maklumat tentang keadaan atau nasib anak-anak mereka serta pilihan pendidikan untuk anak-anak mereka. Akhirnya, mereka bangunkan dan melaksanakan rancangan tindakan untuk memperbaiki hubungan keluarga/ibubapa dan sekolah secara setempat, masyarakat dan negeri. Artikel ini menyimpulkan dengan contoh bagaimana model PAR boleh digunakan di dalam persekitaran kesihatan mental.

Jurnal 2 : THE EFFECTS OF PICTURES AND PROMPTS ON THE WRITING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NORTHRIDGE

guru dengan pengalaman mengajar secara purata 6 tahun (1 – 15 tahun) terlibat dalam kajian tindakan untuk mengkaji pengaruh gambar yang dipilih oleh guru terhadap kemahiran menulis murid. Seramai 165 pelajar sekolah rendah terlibat di dalam 2 fasa dalam projek ini: 83 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan daripada tadika sehingga Gred 2. Data menunjukkan bahawa apabila guru memilih tugasan menulis sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran menulis, penting bagi mereka untuk tahu samada ‘prompts’ sahaja atau ‘prompts’ digabungkan dengan gambar akan lebih memberi manfaat. Bagi pelajar yang lebih muda, dan mungkin pelajar bahasa kedua, gambar akan membantu kemahiran menulis dan melukis. Bagaimanapun, selepas tadika, gambar yang digabungkan bersama ‘prompts’ tidak memberi kesan positif terhadap penulisan mereka. Guru yang mengkaji telah memberi kesimpulan bahawa walaupun gambar akan memberi konteks dan maklumat kepada pelajar di semua peringkat umur untuk menulis, namun ia akan menyekat kreativiti mereka. Ini adalah dapatan yang tidak diduga: kerana faktor penentu sebenarnya adalah pengalaman dan pengetahuan bahasa Inggeris pelajar itu sendiri.


Jurnal 3 : AN ACTION RESEARCH EXPLORATION INTEGRATING STUDENT CHOICE AND ARTS ACTIVITIES IN A SIXTH GRADE SOCIAL STUDIES CLASSROOM


Kajian ini adalah untuk meneroka bagaimana penyepaduan seni dalam pendidikan sosial dapat meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar serta kesan kepada pencapaian pelajar setelah meningkatnya motivasi dan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah. Rancangan pengajaran awal merujuk kepada pelbagai kecerdasan ketika penyepaduan aktiviti seni dan pengkaji hanya berpandukan kepada catatan reflektif guru dan tindak balas pelajar. Pengkaji tidak menjangkakan bahawa pelajar telah membuat pilihan di dalam pelbagai aktiviti untuk mendapat kesan terbaik yang akan diperolehi terhadap motivasi dan penglibatan mereka. Ramai pelajar pendidikan sosial telah memberi dalam tindak balas yang baik untuk menyepadukan aktiviti seni dan pilihan pelajar

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 1: Tugasan 1: Buku (kump)

Melalui buku EDUCATIONAL INCLUSION AS ACTION RESEARCH an interpretive discourse (Christine O'Hanlon)

Maksud kajian tindakan ialah:

1. Menghimpunkan dan menganalisa maklumat dengan tujuan untuk membuat perubahan atau meningkatkan amalan pendidikan di sekolah-sekolah, organisasi pendidikan dan di institusi pendidikan
2. Kajian tindakan adalah cara untuk menilai amalan menyeluruh dalam bilik darjah dan sekolah
3. Satu cara untuk membangunkan pengetahuan kendiri secara profesional dan mencipta teori yang baik untuk mengajar dan belajar


Mengikut buku DOING ACTION RESEARCH, A GUIDE FOR SCHOOL SUPPORT STAFF (Claire Taylor, Min Wilkie & Judith baser);


Definisi Kajian Tindakan oleh Bartlett et al.:
‘Pengumpulan, pembentangan dan analisis data secara sistematik’.
-Oleh itu, kajian adalah amalan mengumpul data seperti yang kita lakukan sehari-hari, tetapi dalam cara yang teratur dan sistematik untuk mencipta teori atau menyelesaikan masalah praktikal.


Definisi Kajian Tindakan oleh Cohen et al.:
Kajian Tindakan adalah satu alat yang berkuasa untuk membuat perubahan dan pembaikan di peringkat setempat’.
-Projek kajian tindakan lebih berfokus kepada setempat. Ini kerana hasil kajian tidak boleh dibuat kesimpulan umum yang menyeluruh terhadap persekitaran yang berbeza


Berdasarkan buku: BECOMING A TEACHER THROUGH ACTION RESEARCH


Kajian tindakan merupakan pendekatan yang teratur dan sistematik untuk menyelesaikan masalah di mana ia mempunyai kitaran proses perancangan, pengumpulan data dan penyelesaian masalah secara aktif dengan adanya refleksi, analisis, kritikan dan penilaian secara secara berterusan ke atas sesuatu permasalahan, dan hasilnya memberi makna kepada setiap pihak yang terlibat.


AKTIVITI 1: Tugasan 1:Ulasan buku (individu)

EDUCATIONAL INCLUSION AS ACTION RESEARCH an interpretive discourse


APA ITU KAJIAN TINDAKAN?


1. Menurut Christine O'Hanlon, kajian tindakan ialah menghimpunkan dan menganalisa maklumat dengan tujuan untuk membuat perubahan atau meningkatkan amalan pendidikan di sekolah-sekolah, organisasi pendidikan dan di institusi pendidikan. Perubahan yang cuba dilakukan oleh pengkaji adalah untuk kebaikan semua pihak.

2. Satu cara untuk membangunkan pengetahuan kendiri secara profesional dan mencipta teori yang baik untuk mengajar dan belajar

3. Kajian tindakan juga adalah cara untuk menilai amalan menyeluruh dalam bilik darjah dan sekolah

Pendapat Christine O'Hanlon hampir sama maksudnya dengan pendapat Geoffrey E. Mills dalam bukunya Action Research:A guide for the Teacher Researcher yang mengatakan bahawa kajian tindakan ialah pembaharuan dan penilaian yang dilakukan secara teliti dan proses individu bertindak balas dalam meningkatkan atau menambahbaik sesuatu yang mereka sedar perlunya kepada pembaikan. Kajian tindakan juga merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk memperbaiki serta meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menjadikan guru-guru lebih sedar, kritis serta bersedia melaksanakan perubahan dalam bentuk amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

Di dalam jurnal Using Action Research to Implement the National Geography Standard: Teacheradaas Reseachers (Sarah William Benard) menyatakan maksud kajian tindakan adalah mengenal pasti masalah di dalam bilik darjah dan guru sebagai pengkaji perlu menyelesaikan masalah tersebut. guru perlu melakukan kajian tindakan dengan menggunakan idea-idea/teori-teori/kaedah-kaedah baru di dalam bilik darjah dengan tujuan meningkatkan pengetahuan/profesionalisme dan meningkatkan kurikulum sekolah serta proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih baik.


MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

1.Meningkatkan mutu pengajaran mereka dan
2.Meningkatkan keberkesanan profesional sebagai guru untuk menyumbangkan pengetahuan kepada masyarakat dan pendidikan menyeluruh.
3.Menjadikan guru sebagai seorang yang reflektif terhadap isu-isu pengajaran dalam pendidikan
4.Membentuk kemahiran yang meningkatkan kefahaman tentang sekolah dan kerumitan di dalam bilik darjah
5.Menyediakan kefahaman mendalam untuk membuat keputusan setiap hari berkaitan dengan amalan pendidikan secara menyeluruh.

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Guru boleh mula melakukan kajian tindakan dengan memikirkan satu situasi masalah yang difokuskan. Persoalan kajian akan disiasat untuk melakukan penambahbaikan

Contoh kes : KAJIAN TINDAKAN BOLEH MEMBANGUNKAN AMALAN SEKOLAH INKLUSIF

SETTING KAJIAN

sekolah dan bilik darjah

SAMPEL KAJIAN

Pelajar inklusif

MODEL REKABENTUK KAJIAN

1. reflek
2.kumpul data
3.reflek
4.merancang
5.reflek
6.bertindak
7.reflek
8.nilai

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1. soal selidik
2. pemerhatian dan pemantauan di bilik darjah
3. merekod
4.perbincangan


Di dalam buku ini juga dinyatakan teknik dan metod untuk kajian tindakan iaitu:
1. kajian biasanya dilakukan secara kolaboratif kerana kajian tidak dapat dilakukan tanpa sumbangan pendapat orang lain.
2. guru perlu tahu apa yang dilakukan dan mengapa kajian dilakukan.
3. teknik kajian: - pemantauan
- catatan guru
- penyegitigaan= melibatkan pelajar, guru dan juga pengkaji
sendiri
- kajian kes
- fokus kajian
- temubual
- soal selidik
- penilaian


Teknik pengumpulan data
1. Pemantauan/pemerhatian
- guru sebagai penyelidik memainkan peranan utama dalam memantau untuk mengumpulkan bukti dan meransang tindakan. Pemantauan tersebut boleh dilakukan secara terbuka dan seterusnya menfokus kepada satu perkara. Ianya perlu dirancang dan dilakukan dengan teknik-teknik tertentu seperti membuat rakaman.
2. fieldnotes
- merupakan catatan yang diambil daripada pemanatauan guru yang mengandungi maklumat penting.
3. Menggunakan statistik
- pengumpulan data dapat dilakukan secara kuantitatif atau pembuktian melalui angka yang dapat melihatnya secara jelas. Biasanya melibatkan ujian terhadap pelajar bagi mengukur tahap pencapaian mereka.
4. Triangulation
- merupakan teknik yang melibatkan kepelbagaian perspektif iaitu pemerolehan data dari pelbagai individu seperti menggunakan perspektif pelajar, guru dan sebagainya.
5. Temubual
-temubual merupakan teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada individu di mana ia dapat dilakukan melalui dua cara iaitu secara formal atau struktur dan secara tidak formal atau tidak berstruktur. Teknik secara formal adalah perlu dijalankan secara terancang dengan menyediakan soalan bertulis dan biasanya ditempat tertutup. Bagi temubual secara informal pula ianya masih terancang namun lebih bebas.
- selain itu, terdapat lagi teknik lain seperti kajian kes, fokus kajian, dan soal selidik.

Teknik Penganalisisan Data
penganalisisan data merupakan satu proses yang perlu dijalan oleh setiap pengkaji di mana melalui proses ini pengkaji akan lebih memahami dan mengetahui lebih jelas lagi apa diperolehi kerana ianya adalah melibatkan bukti. Antara teknik analisis yang boleh digunakan adalah:
1. Data yang diperolehi diteliti secara keseluruhan di mana di mana ia melibatkan penetapan kategori data dengan meneliti semula dan seterusnya membahagikan data tersebut kepada kategori-kategori tertentu.

2. Menganalisis melalui proses sumbangsaran. Melalui draf yang pertama kita boleh membuat refleksi mengenai data yang diperolehi dengan menyemaknya semula. Kita perlu menyemak dengan melihat data mana yang diperlukan atau pun tidak dan seterusnya menyemak kembali dan membuat senarai rangka kerja.

3. Menganalisis data secara perbincangan iaitu data yang diperolehi dibincangkan dalam kumpulan penyelidikan iaitu melibatkan proses perbincangan merumuskan dan menjelaskan dapatan yang diperolehi.

4. Mempersembahkan data iaitu hasil dapatan yang diperolehi dapat dipersembahkan melalui beberapa bentuk seperti jadual, graf, carta dan sebagainya.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN




MODEL
KAJIAN TINDAKAN
(KURT LEWIN)



► Dibina pada tahun 1940-an
► Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui.
► Dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji.
► Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti;


1). Mengenal pasti idea

2). Pencarian fakta

3). Perancangan pelan tindakan

4). Pelaksanaan tindakan

5). Penilaian tindakan yang diambil

6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5

7). Mengambil langkah tindakan seterusnya

PROSES KAJIAN
1. Tajuk kajian

2. Latar belakang kajian

3. Fokus/ Isu/ Perkara yang membangkitkan/ Ingin melihat

4.Tindakan biasa/ Situasi isu sekarang/ Asal usul perkara/bacaan/ tidak puas

5. Perancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan

6. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen/ Semasa menjalankan tindakan

7. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/ perbincangan dapatan/ Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil









MODEL KAJIAN TINDAKAN STEPHEN KEMMIS

► Dibina pada tahun 1983.

► Digunakan apabila masalah tidak diketahui. Kenapa ia berlaku?

► Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

► Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.


PROSES KAJIAN
1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat
4. Rancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan
5. Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen

6. Refleksi
LINGKARAN 2
1. Perancangan/ rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih
2. Pelaksanaan/ Tindakan/ eksperimen/ semasa menjalankan tindakan
3. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ huraian dapatan
4. Refleksi/ perbincangan dapatan/ isu-isu yang dibaiki


MODELKAJIAN TINDAKAN(STRINGER)

Dibina pada tahun 1999
► kajian tindakan bercorak penyertaan. Stringer (1999) melihat kajian tindakan penyertaan (participatory action research) sebagai satu gelung interaksi
► gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.
► mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.
► Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.


MODELKAJIAN TINDAKAN(JOHN ELLIOT)

Tujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model.
Biasa digunakan oleh doktor perubatan.

1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori
4. Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan
5. Perancangan Tindakan
Tindakan 1
Tindakan 2
Tindakan3
Tindakan 4
Huraikan semua dapatan tindakan di atas, pelaksanaan dan kesannya

6. Refleksi : Huraian kejayaan


MODEL KAJIAN TINDAKAN (EPRD)

1. Abstrak
2. Refleksi P & P
3. Isu keperihatinan / Fokus kajian
4. Objektif kajian
a. Objektif am
b. Objektif khusus
5. Kumpulan sasaran
6. Pelaksanaan Kajian
a. Tinjauan masalah
b. Analisis tinjauan masalah
c. Tindakan yang dijalankan
d. Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian/ Penilaian
i. Pelaksanaan aktiviti
iiPemerhatian, Refleksi
iii. Pelaksanaan aktiviti 2 – Pemerhatian, Refleksi
e. Refleksi kajian
i. Penilaian pencapaian tindakan
ii. Rumusan hasil dapatan kajian
iii. Refleksi proses P & P
f. Cadangan untuk kajian seterusnya.


Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS


MENGAPA PENTINGNYA KAJIAN TINDAKAN

Sebagai seorang guru wajarlah bagi dirinya untuk mengetahui betapa pentingnya membuat kajian tindakan dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Antara kepentingan membuat kajian tindakan di sekolah adalah untuk:


  1. mengenal pasti dan mengesan kelemahan pelajar. Guru haruslah mempunyai langkah-langkah atau pendekatan yang sesuai untuk mengatasi kelemahan tersebut.
  2. mengenal pasti dan mengesan kelemahan kaedah pengajaran yang digunakan sebelum ini dengan membuat penambahbaikan bagi kaedah tersebut.
  3. mencipta kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang baru di dalam bilik darjah. Guru perlu memikirkan kaedah pengajaran yang terbaik mengikut kesesuaian pelajar-pelajarnya.
  4. menjadikan guru yang lebih kreatif dan inovatif dalam usaha memberikan pengajaran yang terbaik kepada pelajar-pelajar
  5. meningkatkan mutu pengajaran dan memperbaiki kualiti pengajaran guru
  6. mengkaji jurang-jurang yang terdapat di dalam sesuatu bidang.
  7. mengembangkan pengetahuan sedia ada di dalam melaksanakan tugas sebagai guru.
  8. meningkatkan kualiti atau tahap penghayatan dan pencapaian pelajar dalam akademik.
  9. meluaskan lagi perspektif guru dalam pengajaran untuk mencari langkah penyelesaian hasil dari penyelidikan atau kajian yang dilakukan
  10. meningkatkan profession perguruan di Malaysia