Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 10: Tugasan 1: buku

MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN dalam buku Educational Inclusion As Action Research : an interpretive discourse
(Christine O'hanlon)



1. Penyelesaian masalah boleh dikenalpasti dengan memikirkan tentang situasi masalah yang telah dialamatkan. Persoalan kajian kemudian akan disiasat dan tindakan akan diambil untuk memperbaikinya. Apa-apa situasi soalan tertentu boleh dijadikan sebagai persoalan kajian.
Contohnya :
=Bagaimana pembelajaran secara sokongan bantuan dapat membantu dalam
amalan inklusif di sekolah
=Adakah sekolah menggunakan sepenuhnya pembelajaran secara sokongan bantuan untuk meningkat dan memberi galakan kepada pembelajaran pelajar di dalam
bilik darjah

2. Selain itu, pernyataan masalah boleh juga dimulakan dengan sesuatu isu yang berlaku di sekolah. Sesuatu isu biasanya, ekoran daripada tindakan perdebatan atau pernyataan tentang aspek amali yang diragui/boleh dipersoalkan atau besifat kontroversi/menimbulkan perbalahan.

3.Selain itu, permasalahan turut wujud dalam diri sendiri iaitu penyelidik selaku guru turut mengambil perhatian terhadap sesuatu yang ingin diketahui iaitu apakah yang berlaku. Adalah penting memulakan dengan bertanya pada diri sendiri mengapa soalan atau masalah tertentu penting bagi anda

Berdasarkan kajian kes :

Meg seorang guru sekolah rendah telah mengaplikasikan kajian tindakan yang telah dipelajari ketika di universiti. Dia sangat bimbang dengan beberapa orang murid di dalam kelasnya yang sering menimbulkan gangguan kepada pelajar lain untuk belajar kerana masalah pengurusannya dan dia merasakan mereka tidak mendapat pengajaran yang baik darinya.

Meg telah dapat mengenal pasti masalah setelah mengalaminya sendiri. Dia perlu melakukan kajian untuk menangani masalah ini. Meg telah menimbulkan persoalan kajian iaitu :

" bagaimana saya boleh menguruskan tingkah laku pelajar yang sering menimbulkan gangguan di dalam kelas"
Meg mula mengelaskan tingkah laku murid dengan membuat pemerhatian.
+ murid berlari mengelilingi bilik darjah
+ murid sentiasa pergi ke tandas
+ suka mengganggu rakan yang lain
setelah dapat mengenalpasti tingkah laku murid barulah Meg mengaplikasi kaedah yang lebih sesuai sebagai kajian untuk mengubah tingkah laku muridnya supaya lebih fokus ketika belajar
4. Untuk memulakan kajian :

1. adalah penting tanya dahulu diri sendiri mengapa soalan tertentu atau perkara yang
menjadi isu itu yang dipilih
2. reflek pada sejarah profesional anda dan bagaimana menilai diri sendiri dan pengaruh yang menarik anda membuat pilihan tajuk kajian
3. tulis sedikit pengenalan pendek berkenaan kajian, reflek pada nilai pendidikan anda

5. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan dalam menentukan permasalahan kajian yang perlu dijawab oleh penyelidik sebelum melakukan penyelidikannya. Antara soalannya adalah

1. Apakah yang saya/kami ingin dedahkan dalam kajian?
2. Adakah kajian akan menjadi panduan kepada polisi atau amalan inklusif?
3. Apakah jenis bukti yang diperlukan?
4. Apakah yang boleh dipelajari daripada kajian?
5. Bagaimana bukti boleh dikumpul dan dengan siapa?Bagaimana data boleh ditafsirkan?


Berdasarkan buku “Becoming A Teacher
Through Action Research”
(Donna Kalmbach Phillips & Kevin Carr)
Di dalam kajian tindakan, kita mengkaji isu yang timbul atau berlaku pada diri kita sendiri, bermakna di dalam kehidupan dan amalan semasa kita, serta mempunyai potensi untuk menambah baik di dalam pengajaran, pembelajaran dan kehidupan. Ia melibatkan beberapa langkah iaitu:

• Menjelajah bidang yang diminati: Mengikut gerak hati. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kajian tindakan dijalankan untuk diri sendiri iaitu bagi menyelesaikan isu yang timbul pada diri sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
. Contohnya seperti “apakah yang anda ingin tahu di dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah cabaran dan kesukaran yang akan anda hadapi di dalam kelas? Bagaimanakah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan mencapai objektif pengajaran?

• Menjelajah konteks sekolah anda: Melihat persekitaran anda. Daripada permasalahan yang telah dikenalpasti, ia perlulah dibentuk menjadi satu persoalan yang difokuskan. Permasalahan ini adalah hasil daripada pemerhatian yang dilakukan pada persekitaran kita iaitu di sekolah terutama isu atau permasalahan yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas.

• Menubuhkan kumpulan penyelidikan: Rakan-rakan guru, kursus, dan literasi. Kajian tindakan yang dilakukan adalah tertumpu kepada amalan profesional di dalam kelas. Maka, kita tidak boleh menjalankannya dengan hanya berdasarkan teori-teori, kepercayaan dan cara mengajar kita sendiri. Oleh itu, ia perlualah dijalankan secara berkumpulan bersama dengan rakan-rakan sejawat lain bagi mengelakkan kesilapan dan ketidakpatuhan amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan panduan dan pandangan dari mereka yang lebih berpengalaman.Selain itu, melalui kursus perguruan yang telah kita jalani, kita boleh gunakannya di dalam kajian tindakan. Sebagai contoh, kita telah mempelajari strategi pengajaran tertentu dan kita bertanya, “adakah kaedah ini sesuai digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar?”

• Membentuk soalan kritikalMenurut Arhar, Holly and Kasten (2001), mereka mencadangkan agar guru / penyelidik menimbangkan perkara yang diberi perhatian sebagai satu cara dalam membentuk soalan-soalan kritikal. Soalan-soalan tersebut akan menyumbang kepada jalan yang terbaik bagi sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran. Dalam membentuk soalan ini, ia perlulah dibincangkan bersama ahli kumpulan dan soalan yang dihasilkan perlulah bermakna bukan sahaja kepada kita sebagai guru dan penyelidik, tetapi juga kepada murid yang merupakan responden kajian kita.


Berdasarkan buku DOING ACTION RESEARCH, A GUIDE FOR SCHOOL SUPPORT STAFF(Claire Taylor, Min Wilkie & Judith Baser);

Faktor utama untuk mendapatkan permulaan yang positif untuk melakukan Kajian Tindakan adalah dengan mendapatkan fokus yang betul; namun di sekolah,terdapat kesukaran untuk meletakkan keutamaan kepada perkara-perkara yang bakal memberikan kesan yang berfaedah.

PENTING:


- Perkara yang telah dikenalpasti untuk dilakukan penambahbaikan haruslah merupakan perkara yang boleh membawa kepada perubahan dan pengkaji juga bermotivasi untuk menjalankan kajian tindakan tersebut.

- Pengkaji mendapat keyakinan bahawa beliau mendapat hak untuk menggunakan dan mendekati sumber-sumber yang relevan serta peserta.
- Kegagalan projek kajian tindakan di sekolah berlaku kesan daripada idea yang 'diberi' kepada pengkaji, yang menyebabkan ketiadaan minat terhadap projek yang dikaji, pengkaji juga akan kurang merasakan kajian itu adalah kepunyaannya, dan juga tindakan untuk berubah tidak dilakukan.

- Pengkaji seharusnya mempunyai idea-idea mengenai apakah kemungkinan-kemungkinan penyelesaian terhadap masalah yang dikaji. ini bukanlah bermakna pengkaji dikehendaki membuat hipotesis yang canggih berkaitan kajian, pengkaji hendaklah mencuba membayangkan penyelesaian yang mungkin bakal membawa kepada perubahan.

Persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh pengkaji untuk mengenalpasti permasalahan kajian tindakan:

1.Apa yang saya lihat sebagai masalah?

2.Apa bukti yang boleh saya kumpulkan untuk menunjukkan bahawa ianya satu permasalahan?
3.Adakah permasalahan ini penting kepada saya dan adakah ia dapat menarik minat saya?4.Adakah saya mempunyai masa untuk membawa perubahan?

5.Adakah saya mempunyai sumber untuk menangani permasalahan ini?

6.Adakah saya mempunyai hak untuk mendekati peserta? (Pelajar/teman sekerja)
7.Adakah saya mempunyai idea mengenai apakah tindakan yang berkemungkinan akan membawa kesan kepada perubahan?

No comments:

Post a Comment