Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 13

TEORI KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boLeh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.

Guru merupakan pembimbing, pemudah cara dan perancang sedangkan pelajar yang memain peranan utama dalam P&P. Model pengajaran yang sesuai ialah inkuiri-penemuan, pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif.


KAEDAH SIMULASI


Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran


KERANGKA TEORITIKAL


Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

AKTIVITI 12: Permurniaan

TAJUK KAJIAN:

Pengintegrasian Video Dan Smart Kit Untuk Pelajar Bermasalah Pendengaran

Matlamat/Objektif Umum:

Meningkatkan pemahaman dan minat murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan.

Objektif Khusus:

1. Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan.
2. Mengubah kaedah pengajaran guru supaya lebih menarik dan berkesan.
3. Membantu murid memahami dan mengingat melalui gambaran visual dan penggunaan kit yang menarik.

Soalan Kajian:

1) Bagaimanakah penggunaan Video dan Kit dapat meningkatkan minat, pemahaman dan daya ingatan murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, Perdagangan dan Prinsip Akaun?
2) Adakah proses pengajaran guru menjadi lebih menarik setelah menggunakan video dan Smart Kit dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

AKTIVITI 11: Tugasan 2

MENGENAL PASTI MASALAH

Jurnal 1: An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroomskan

1. Guru mendapati pelajar lebih banyak masa difokukan kepada matapelajaran matematik dan pembacaan sedangkan matapelajran pendidikan sosial diperuntukkan waktu yang sedikit. pendidikan sosial sangat penting untuk menghubungkan pelajar dengan dunia luar dalam pelbagai aspek seperti budaya, sejarah dan sebagainya.
2. Guru memikirkan cara yang terbaik untuk menarik minat pelajar ketika belajar matapelajaran pendidikan sosial di dalam bilik darjah agar pembelajaran yang diperolehi oleh pelajr lebih bermakna


Jurnal 2 : Developing Formative Assesment in the Classroom: using action research to explore and modify theory


1. Untuk membangunkan potensi secara berterusan di dalam kelas adalah dengan melakukan penilaian untuk membantu pembelajaran. Pengkaji menjadikan penilaian formatif di dalam bilik darjah sebagai permasalahan kajian untuk meningkatkan pencapaian pelajar seterusnya membangunkan penilaian formatif.
2. Pengkaji juga melihat samaada kajian tindakan yang dibuat secara kolaboratif dapat membawa perubahan kepada profesionalisme guru dan amalan penilaian di dalam kelas



Jurnal 3: Coming to Terms with the Online Instructional Revolution: a success story revealed through action research


Pengkaji ingin melihat adakah kandungan pengetahuan yang diperolehi daripada pembelajaran subjek biologi berasaskan dalam talian adalah sama dengan pembelajaran secara tradisional iaitu di dalam bilik darjah. Maka, pengkaji telah bersetuju bahawa tempat untuk memulakan penerokaan terhadap pembelajaran berasaskan web dalam subjek biologi ini adalah di dalam kursus itu sendiri terutamanya yang direka untuk pelajar non-major. Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan pelajar-pelajar daripada non-major dalam kursus biologi sebagai sampel untuk dibuat penyelidikan.

AKTIVITI 10: Tugasan 1: buku

MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN dalam buku Educational Inclusion As Action Research : an interpretive discourse
(Christine O'hanlon)



1. Penyelesaian masalah boleh dikenalpasti dengan memikirkan tentang situasi masalah yang telah dialamatkan. Persoalan kajian kemudian akan disiasat dan tindakan akan diambil untuk memperbaikinya. Apa-apa situasi soalan tertentu boleh dijadikan sebagai persoalan kajian.
Contohnya :
=Bagaimana pembelajaran secara sokongan bantuan dapat membantu dalam
amalan inklusif di sekolah
=Adakah sekolah menggunakan sepenuhnya pembelajaran secara sokongan bantuan untuk meningkat dan memberi galakan kepada pembelajaran pelajar di dalam
bilik darjah

2. Selain itu, pernyataan masalah boleh juga dimulakan dengan sesuatu isu yang berlaku di sekolah. Sesuatu isu biasanya, ekoran daripada tindakan perdebatan atau pernyataan tentang aspek amali yang diragui/boleh dipersoalkan atau besifat kontroversi/menimbulkan perbalahan.

3.Selain itu, permasalahan turut wujud dalam diri sendiri iaitu penyelidik selaku guru turut mengambil perhatian terhadap sesuatu yang ingin diketahui iaitu apakah yang berlaku. Adalah penting memulakan dengan bertanya pada diri sendiri mengapa soalan atau masalah tertentu penting bagi anda

Berdasarkan kajian kes :

Meg seorang guru sekolah rendah telah mengaplikasikan kajian tindakan yang telah dipelajari ketika di universiti. Dia sangat bimbang dengan beberapa orang murid di dalam kelasnya yang sering menimbulkan gangguan kepada pelajar lain untuk belajar kerana masalah pengurusannya dan dia merasakan mereka tidak mendapat pengajaran yang baik darinya.

Meg telah dapat mengenal pasti masalah setelah mengalaminya sendiri. Dia perlu melakukan kajian untuk menangani masalah ini. Meg telah menimbulkan persoalan kajian iaitu :

" bagaimana saya boleh menguruskan tingkah laku pelajar yang sering menimbulkan gangguan di dalam kelas"
Meg mula mengelaskan tingkah laku murid dengan membuat pemerhatian.
+ murid berlari mengelilingi bilik darjah
+ murid sentiasa pergi ke tandas
+ suka mengganggu rakan yang lain
setelah dapat mengenalpasti tingkah laku murid barulah Meg mengaplikasi kaedah yang lebih sesuai sebagai kajian untuk mengubah tingkah laku muridnya supaya lebih fokus ketika belajar
4. Untuk memulakan kajian :

1. adalah penting tanya dahulu diri sendiri mengapa soalan tertentu atau perkara yang
menjadi isu itu yang dipilih
2. reflek pada sejarah profesional anda dan bagaimana menilai diri sendiri dan pengaruh yang menarik anda membuat pilihan tajuk kajian
3. tulis sedikit pengenalan pendek berkenaan kajian, reflek pada nilai pendidikan anda

5. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan dalam menentukan permasalahan kajian yang perlu dijawab oleh penyelidik sebelum melakukan penyelidikannya. Antara soalannya adalah

1. Apakah yang saya/kami ingin dedahkan dalam kajian?
2. Adakah kajian akan menjadi panduan kepada polisi atau amalan inklusif?
3. Apakah jenis bukti yang diperlukan?
4. Apakah yang boleh dipelajari daripada kajian?
5. Bagaimana bukti boleh dikumpul dan dengan siapa?Bagaimana data boleh ditafsirkan?


Berdasarkan buku “Becoming A Teacher
Through Action Research”
(Donna Kalmbach Phillips & Kevin Carr)
Di dalam kajian tindakan, kita mengkaji isu yang timbul atau berlaku pada diri kita sendiri, bermakna di dalam kehidupan dan amalan semasa kita, serta mempunyai potensi untuk menambah baik di dalam pengajaran, pembelajaran dan kehidupan. Ia melibatkan beberapa langkah iaitu:

• Menjelajah bidang yang diminati: Mengikut gerak hati. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kajian tindakan dijalankan untuk diri sendiri iaitu bagi menyelesaikan isu yang timbul pada diri sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
. Contohnya seperti “apakah yang anda ingin tahu di dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah cabaran dan kesukaran yang akan anda hadapi di dalam kelas? Bagaimanakah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan mencapai objektif pengajaran?

• Menjelajah konteks sekolah anda: Melihat persekitaran anda. Daripada permasalahan yang telah dikenalpasti, ia perlulah dibentuk menjadi satu persoalan yang difokuskan. Permasalahan ini adalah hasil daripada pemerhatian yang dilakukan pada persekitaran kita iaitu di sekolah terutama isu atau permasalahan yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas.

• Menubuhkan kumpulan penyelidikan: Rakan-rakan guru, kursus, dan literasi. Kajian tindakan yang dilakukan adalah tertumpu kepada amalan profesional di dalam kelas. Maka, kita tidak boleh menjalankannya dengan hanya berdasarkan teori-teori, kepercayaan dan cara mengajar kita sendiri. Oleh itu, ia perlualah dijalankan secara berkumpulan bersama dengan rakan-rakan sejawat lain bagi mengelakkan kesilapan dan ketidakpatuhan amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan panduan dan pandangan dari mereka yang lebih berpengalaman.Selain itu, melalui kursus perguruan yang telah kita jalani, kita boleh gunakannya di dalam kajian tindakan. Sebagai contoh, kita telah mempelajari strategi pengajaran tertentu dan kita bertanya, “adakah kaedah ini sesuai digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar?”

• Membentuk soalan kritikalMenurut Arhar, Holly and Kasten (2001), mereka mencadangkan agar guru / penyelidik menimbangkan perkara yang diberi perhatian sebagai satu cara dalam membentuk soalan-soalan kritikal. Soalan-soalan tersebut akan menyumbang kepada jalan yang terbaik bagi sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran. Dalam membentuk soalan ini, ia perlulah dibincangkan bersama ahli kumpulan dan soalan yang dihasilkan perlulah bermakna bukan sahaja kepada kita sebagai guru dan penyelidik, tetapi juga kepada murid yang merupakan responden kajian kita.


Berdasarkan buku DOING ACTION RESEARCH, A GUIDE FOR SCHOOL SUPPORT STAFF(Claire Taylor, Min Wilkie & Judith Baser);

Faktor utama untuk mendapatkan permulaan yang positif untuk melakukan Kajian Tindakan adalah dengan mendapatkan fokus yang betul; namun di sekolah,terdapat kesukaran untuk meletakkan keutamaan kepada perkara-perkara yang bakal memberikan kesan yang berfaedah.

PENTING:


- Perkara yang telah dikenalpasti untuk dilakukan penambahbaikan haruslah merupakan perkara yang boleh membawa kepada perubahan dan pengkaji juga bermotivasi untuk menjalankan kajian tindakan tersebut.

- Pengkaji mendapat keyakinan bahawa beliau mendapat hak untuk menggunakan dan mendekati sumber-sumber yang relevan serta peserta.
- Kegagalan projek kajian tindakan di sekolah berlaku kesan daripada idea yang 'diberi' kepada pengkaji, yang menyebabkan ketiadaan minat terhadap projek yang dikaji, pengkaji juga akan kurang merasakan kajian itu adalah kepunyaannya, dan juga tindakan untuk berubah tidak dilakukan.

- Pengkaji seharusnya mempunyai idea-idea mengenai apakah kemungkinan-kemungkinan penyelesaian terhadap masalah yang dikaji. ini bukanlah bermakna pengkaji dikehendaki membuat hipotesis yang canggih berkaitan kajian, pengkaji hendaklah mencuba membayangkan penyelesaian yang mungkin bakal membawa kepada perubahan.

Persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh pengkaji untuk mengenalpasti permasalahan kajian tindakan:

1.Apa yang saya lihat sebagai masalah?

2.Apa bukti yang boleh saya kumpulkan untuk menunjukkan bahawa ianya satu permasalahan?
3.Adakah permasalahan ini penting kepada saya dan adakah ia dapat menarik minat saya?4.Adakah saya mempunyai masa untuk membawa perubahan?

5.Adakah saya mempunyai sumber untuk menangani permasalahan ini?

6.Adakah saya mempunyai hak untuk mendekati peserta? (Pelajar/teman sekerja)
7.Adakah saya mempunyai idea mengenai apakah tindakan yang berkemungkinan akan membawa kesan kepada perubahan?

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9 - mini KT

TAJUK KAJIAN:

Pengintegrasian Video Dan Smart Kit Untuk Pelajar Bermasalah Pendengaran

Matlamat/Objektif Umum:

Meningkatkan pemahaman dan minat murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan.

Objektif Khusus:

1. Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan.
2. Mengubah kaedah pengajaran guru supaya lebih menarik dan berkesan.
3. Membantu murid memahami dan mengingat melalui gambaran visual dan penggunaan kit yang menarik.

Soalan Kajian:

1) Bagaimanakah penggunaan Video dan Kit dapat meningkatkan minat, pemahaman dan daya ingatan murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, Perdagangan dan Prinsip Akaun?
2) Adakah proses pengajaran guru menjadi lebih menarik setelah menggunakan video dan Smart Kit dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

AKTIVITI 8 - mini KT

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU DAN PERDAGANGAN

Cadangan Ahli Kumpulan

1. Guru menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid, iaitu murid terlibat secara aktif di dalam kelas.
2. Guru menggunakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingat tajuk dalam bahasa melayu terutamanya tatabahasa dan juga fakta-fakta dalam subjek perdagangan.
3. Guru menggunakan video dan kit pengajaran sebagai ABM bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran terutama Bahasa Melayu dan Perdagangan.
4. Guru memberi penerangan atau definisi terhadap perkataan-perkataan yang baru kepada pelajar.
5. BBM yang menarik boleh digunakan untuk meningkatkan ingatan pelajar terhadap subjek-subjek tersebut.

Cadangan Dari Luar Kumpulan

1. Guru boleh menggunakan BBM yang menarik dan sesuai untuk meningkatkan teknik membina ayat untuk Bahasa Melayu.
2. Guru membuat set induksi yang menarik bagi menarik tumpuan pelajar.
3. Guru harus memberi tumpuan kepada pelajar secara keseluruhan dan memberi penerangan supaya setiap pelajar dapat memahami pengajaran tidak kira pelajar yang pintar atau lemah.

AKTIVITI 7- mini KT

Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu:

1) Guru menggunakan kaedah pengajaran yang sama setiap kali masuk ke kelas.
2) Guru hanya menyuruh pelajar membaca sahaja di dalam buku teks dan membuatkan pelajar bosan.
3) Guru tidak melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas.
4) Guru lebih banyak mengajar menggunakan teknik syarahan.
5) Guru tidak banyak menggunakan bahan bantu mengajar.

Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Perdagangan:

1) Guru tidak menggunakan sebarang ABM untuk meningkatkan kefahaman murid.
2) Guru tidak menekankan atau menerangkan sesetengah perkataan-perkataan yang baru kepada murid.
3) Terdapat banyak fakta dalam subjek ini tetapi guru tidak menunjukkan cara-cara untuk meningkatkan ingatan murid.
4) Guru perlu menerangkan setiap transaksi satu persatu dimana sekiranya pelajar tidak memberi perhatian atau terhayal seketika akan menyebabkan pelajar itu tertinggal langkah sebelum itu dan menyukarkannya untuk menguasai topik tersebut.
5) Guru menggunakan kaedah yang sama setiap kali masa pengajaran iaitu menggunakan kaedah “chalk & talk”.


PENGALAMAN DARI LUAR KUMPULAN

Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu:

1) Guru sukar mengajar teknik membina ayat, karangan, rumusan, ayat tersirat tersurat.
2) Ada sesetengah guru terlalu terikat pd buku teks.
3) Guru tidak menggunakan set induksi.

Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Perdagangan:

1) Mengambil masa yang lama untuk menerangkan tentang sesuatu topik.
2) Guru hanya berfokus pada tajuk yg keluar dalam peperiksaan.
3) Guru hanya meminta pelajar menyalin nota(guru baca dan pelajar salin).
4) Guru tidak memberi perhatian kepada pelajar lemah dan beranggapan semua pelajar pandai.