Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 13

TEORI KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boLeh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.

Guru merupakan pembimbing, pemudah cara dan perancang sedangkan pelajar yang memain peranan utama dalam P&P. Model pengajaran yang sesuai ialah inkuiri-penemuan, pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif.


KAEDAH SIMULASI


Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran


KERANGKA TEORITIKAL


Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

No comments:

Post a Comment