Sunday, November 15, 2009

AKTIVITI 3: Tugasan 3: kolokium senior (Individu)


LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR

MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN UNTUK BERKOMUNIKASI SECARA LISAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘VERBAL REPEATITION’ DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


PEMBENTANG :

Suzana Mohd Fauzi (P48659)
Ummi Salmah Adnan (P48606)
Najwa Hayatee Abdullah (P48610)


PERNYATAAN MASALAH

Kajian inni dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ dapat meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini juga dapat menilai adakah pelajar bermasalah pendengaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah ’ verbal repeatition’.


METODOLOGI

Guru menggunakan model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai metodologi kajian mereka. Langkah yang terlibat ialah perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

1. Perancangan - Guru merancang bagaimana caranya untuk memudahkan pelajar berkomunikasi secara lisan

2. Tindakan - Guru melakukan kaedah ‘verbal repeatition’ sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali supaya pelajar dapat memahami dan menyatakan bunyi yang disebut oleh guru.

3. Pemerhatian - Guru mengutip data melalui :

1, Pemerhatian
2. Rakaman video
3. Temubual
4. Diari

4. Refleksi - Guru akan membuat penambahbaikan bagi kitaran seterusnya setelah peringkat kitaran yang pertama tidak menunujukkan perubahan kerana pelajar masih lagi tidak yakin dan malu untuk berkomunikasi secara lisan.

SAMPEL KAJIAN

Melibatkan 19 orang pelajar bermasalah pendengaran


SETTING KAJIAN

SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, Kuala Lumpur


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA


Hasil yang diperolehi oleh pengkaii melalui proses pengumpulan dan penganalisisan data ialah :

Analisis hasil dapatan dari data pemerhatian.
1. Pelajar semakin yakin berkomunikasi secara lisan dan juga dalam menyebut istilah-istilah perkataan
2. Pelajar berani tampil ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru
3. Wujud aktiviti bantu-membantu

Analisis hasil dapatan dari data temubual.
1. Sesetengah pelajar sukar untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf-huruf konsonan
2. Pelajar berasa seronok kerana diberi pendedahan untuk menyebut istilah-istilah yang agak sukar

Analisis data daripada rakaman video
1. Pada awal kaedah diperkenalkan, pelajar kurang yakin dan malu untuk berkomunikasi dan menyebut istilah perkataan
2. Pada kitar kedua, pelajar menunjukkan keyakinan dan berani tampil ke hadapan kelas


IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian hasil penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ di dalam bilik darjah telah menunjukkan tindak balas yang positif dari pelajar bermasalah pendengaran. Pelajar dapat menyebut beberapa istilah di dalam matapelajaran yang diajar di sekolah. Pelajar juga boleh berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan mereka dengan mengeluarkan suara dan berjaya menyebut perkataan dengan betul. Kaedah ini juga telah menarik minat pelajar-pelajar yang pasif dan malu untuk mengeluarkan suara terlibat secara aktif dengan pelajar lain ketika proses P&P.


APA YANG DAPAT DIPELAJARI

Kajian yang telah dilakukan oleh pelajar DPLI Januari ini telah memberi input yang berguna kepada saya iaitu :

1. Mengetahui cara untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah pendengaran berkomunikasi secara lisan
2. Mengetahui cara bagaimana untuk meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap matapelajaran yang diajar. Guru memainkan peranan penting untuk membantu pelajar mengeluarkan suara, cuba menyebut perkataan atau istilah dengan betul supaya pelajar tidak malu untuk mengeluarkan suara serta tidak bergantung dengan bahasa isyarat semata-mata sepertimana yang berlaku di luar Negara.



MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR MASALAH PENDENGARAN DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BAGI TEMA PENCAPAIAN KENDIRI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN DART
PEMBENTANG:

Azwani Binti Mohamed Ariff

Nurul Huda Binti Mohd Rejab

Nor Sakinah Binti W. Ishak

PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan penglibatan pelajar masalah pendengaran dalam matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan bagi tema pencapaian kendiri dengan menggunakan kaedah permainan dart. Guru ingin melihat sejauh mana kaedah permainan dart ini dapat meningkatkan penglibatan pelajar ketika proses pengajaran matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan berlaku di dalam bilik darjah dan bagaimana kaedah permainan dart ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperi tolak ansur dan kerjasama di antara pelajar-pelajar.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan dua kitaran. Langkah pertama yang dilakukan oleh guru ialah mengenal pasti masalah terlebih dahulu. Guru mendapati pelajar cepat merasa bosan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru telah membuat kajian melalui proses :
1. Merancang- Guru menggunakan permainan dart sebagai aktiviti pengukuhan kepada pelajar. Permainan dart ini digunakan untuk menarik minat pelajar terhadap matapelajaran sivik dan kewarganegaraan serta dapat mewujudkan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar.
2. Tindakan - Ketika proses P&P pelajar akan dipecahkan kepada tiga kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan akan membaling dart dan menjawab soalan. Setiap warna di papan dart mewakili soalan yang berlainan.
3. Pemerhatian- Guru membuat pemerhatian ketika aktiviti ini dilakukan. Guru mendapati pelajar melibatkan diri secara aktif tetapi masih ada yang pasif iaitu dalam dua ke tiga orang pelajar. Pelajar juga dilihat kurang berkerjasama antara ahli kumpulan.
4. Refleksi - Guru kemudian membuat penambahbaikan pada kitaran yang kedua. Pada kitaran kedua pelajar telah diberitahu oleh guru supaya mementingkan nilai kerjasama dan sentiasa membantu rakan-rakan yang lain.

SAMPEL KAJIAN

Sembilan orang pelajar masalah pendengaran iaitu tiga orang pelajar perempuan dan enam orang pelajar. Sekolah tersebut hanya mempunyai sembilan orang pelajar masalah pendengaran.


SETTING KAJIAN
SMK Dato’Amar Diraja, Muar, Johor


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Guru menggunakan kaedah secara kualitatif di dalam kajian ini. Guru mengumpul data menggunakan :
1. Video – Guru membuat pemerhatian pelajar melalui video dan dapat mengesan kurangnya kerjasama di antara pelajar-pelajar
2. Gambar – Guru juga mengumpul dan menganalisis maklumat yang ada melalui gambar yang diambil ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dilakukan
3. Catatan pengkaji – Guru menggunakan catatan pengkaji sebagai rujukan
4. Temubual pelajar – Guru membuat temubual tidak berstruktur untuk mendapat respon dari pelajar

IMPLIKASI KAJIAN
Setelah penambahbaikan pada kitaran kedua dilakukan oleh guru, semua pelajar melibatkan diri secara aktif ketika permainan dart dilakukan. Pelajar juga kelihatan bekerjasama dan tolong antara satu sama lain. Melalui kaedah permainan dart ini, wujud nilai-niliai murni yang seharusnya ada dalam diri pelajar.


APA YANG DAPAT DIPELAJARI
Kajian yang telah dilakukan oleh pelajar DPLI Januari ini telah memberi input yang berguna kepada saya iaitu :
1. Mengetahui bahawa pelajar-pelajar masalah pendengaran lebih menyukai dan aktif dalam bilik darjah apabila guru menggunakan aktiviti permainan berbanding dengan pengajaran yang berpusatkan guru iaitu syarahan.
2. Setiap aktiviti yang dilakukan ke atas pelajar perlulah diserapkan nilai-nilai murni seperti sikap tolak ansur, kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain agar maklumat atau isi pengajaran diperolehi bersama.

Secara keseluruhannya, melalui kedua-dua laporan pembentangan kolokium senior, saya dapat memahami bagaimana metodologi dan proses yang terlibat yang akan digunakan untuk membuat kajian tindakan di sekolah. Setiap proses melalui beberapa peringkat iaitu mengenal pasti masalah, merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi hasil dari kajian yang telah dilakukan. Kemudian pengkaji boleh membuat penambahbaikan untuk mendapat hasil atau implikasi yang lebih positif untuk kajian tersebut.


No comments:

Post a Comment