Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 1: Tugasan 1:Ulasan buku (individu)

EDUCATIONAL INCLUSION AS ACTION RESEARCH an interpretive discourse


APA ITU KAJIAN TINDAKAN?


1. Menurut Christine O'Hanlon, kajian tindakan ialah menghimpunkan dan menganalisa maklumat dengan tujuan untuk membuat perubahan atau meningkatkan amalan pendidikan di sekolah-sekolah, organisasi pendidikan dan di institusi pendidikan. Perubahan yang cuba dilakukan oleh pengkaji adalah untuk kebaikan semua pihak.

2. Satu cara untuk membangunkan pengetahuan kendiri secara profesional dan mencipta teori yang baik untuk mengajar dan belajar

3. Kajian tindakan juga adalah cara untuk menilai amalan menyeluruh dalam bilik darjah dan sekolah

Pendapat Christine O'Hanlon hampir sama maksudnya dengan pendapat Geoffrey E. Mills dalam bukunya Action Research:A guide for the Teacher Researcher yang mengatakan bahawa kajian tindakan ialah pembaharuan dan penilaian yang dilakukan secara teliti dan proses individu bertindak balas dalam meningkatkan atau menambahbaik sesuatu yang mereka sedar perlunya kepada pembaikan. Kajian tindakan juga merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk memperbaiki serta meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menjadikan guru-guru lebih sedar, kritis serta bersedia melaksanakan perubahan dalam bentuk amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

Di dalam jurnal Using Action Research to Implement the National Geography Standard: Teacheradaas Reseachers (Sarah William Benard) menyatakan maksud kajian tindakan adalah mengenal pasti masalah di dalam bilik darjah dan guru sebagai pengkaji perlu menyelesaikan masalah tersebut. guru perlu melakukan kajian tindakan dengan menggunakan idea-idea/teori-teori/kaedah-kaedah baru di dalam bilik darjah dengan tujuan meningkatkan pengetahuan/profesionalisme dan meningkatkan kurikulum sekolah serta proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih baik.


MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

1.Meningkatkan mutu pengajaran mereka dan
2.Meningkatkan keberkesanan profesional sebagai guru untuk menyumbangkan pengetahuan kepada masyarakat dan pendidikan menyeluruh.
3.Menjadikan guru sebagai seorang yang reflektif terhadap isu-isu pengajaran dalam pendidikan
4.Membentuk kemahiran yang meningkatkan kefahaman tentang sekolah dan kerumitan di dalam bilik darjah
5.Menyediakan kefahaman mendalam untuk membuat keputusan setiap hari berkaitan dengan amalan pendidikan secara menyeluruh.

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Guru boleh mula melakukan kajian tindakan dengan memikirkan satu situasi masalah yang difokuskan. Persoalan kajian akan disiasat untuk melakukan penambahbaikan

Contoh kes : KAJIAN TINDAKAN BOLEH MEMBANGUNKAN AMALAN SEKOLAH INKLUSIF

SETTING KAJIAN

sekolah dan bilik darjah

SAMPEL KAJIAN

Pelajar inklusif

MODEL REKABENTUK KAJIAN

1. reflek
2.kumpul data
3.reflek
4.merancang
5.reflek
6.bertindak
7.reflek
8.nilai

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

1. soal selidik
2. pemerhatian dan pemantauan di bilik darjah
3. merekod
4.perbincangan


Di dalam buku ini juga dinyatakan teknik dan metod untuk kajian tindakan iaitu:
1. kajian biasanya dilakukan secara kolaboratif kerana kajian tidak dapat dilakukan tanpa sumbangan pendapat orang lain.
2. guru perlu tahu apa yang dilakukan dan mengapa kajian dilakukan.
3. teknik kajian: - pemantauan
- catatan guru
- penyegitigaan= melibatkan pelajar, guru dan juga pengkaji
sendiri
- kajian kes
- fokus kajian
- temubual
- soal selidik
- penilaian


Teknik pengumpulan data
1. Pemantauan/pemerhatian
- guru sebagai penyelidik memainkan peranan utama dalam memantau untuk mengumpulkan bukti dan meransang tindakan. Pemantauan tersebut boleh dilakukan secara terbuka dan seterusnya menfokus kepada satu perkara. Ianya perlu dirancang dan dilakukan dengan teknik-teknik tertentu seperti membuat rakaman.
2. fieldnotes
- merupakan catatan yang diambil daripada pemanatauan guru yang mengandungi maklumat penting.
3. Menggunakan statistik
- pengumpulan data dapat dilakukan secara kuantitatif atau pembuktian melalui angka yang dapat melihatnya secara jelas. Biasanya melibatkan ujian terhadap pelajar bagi mengukur tahap pencapaian mereka.
4. Triangulation
- merupakan teknik yang melibatkan kepelbagaian perspektif iaitu pemerolehan data dari pelbagai individu seperti menggunakan perspektif pelajar, guru dan sebagainya.
5. Temubual
-temubual merupakan teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada individu di mana ia dapat dilakukan melalui dua cara iaitu secara formal atau struktur dan secara tidak formal atau tidak berstruktur. Teknik secara formal adalah perlu dijalankan secara terancang dengan menyediakan soalan bertulis dan biasanya ditempat tertutup. Bagi temubual secara informal pula ianya masih terancang namun lebih bebas.
- selain itu, terdapat lagi teknik lain seperti kajian kes, fokus kajian, dan soal selidik.

Teknik Penganalisisan Data
penganalisisan data merupakan satu proses yang perlu dijalan oleh setiap pengkaji di mana melalui proses ini pengkaji akan lebih memahami dan mengetahui lebih jelas lagi apa diperolehi kerana ianya adalah melibatkan bukti. Antara teknik analisis yang boleh digunakan adalah:
1. Data yang diperolehi diteliti secara keseluruhan di mana di mana ia melibatkan penetapan kategori data dengan meneliti semula dan seterusnya membahagikan data tersebut kepada kategori-kategori tertentu.

2. Menganalisis melalui proses sumbangsaran. Melalui draf yang pertama kita boleh membuat refleksi mengenai data yang diperolehi dengan menyemaknya semula. Kita perlu menyemak dengan melihat data mana yang diperlukan atau pun tidak dan seterusnya menyemak kembali dan membuat senarai rangka kerja.

3. Menganalisis data secara perbincangan iaitu data yang diperolehi dibincangkan dalam kumpulan penyelidikan iaitu melibatkan proses perbincangan merumuskan dan menjelaskan dapatan yang diperolehi.

4. Mempersembahkan data iaitu hasil dapatan yang diperolehi dapat dipersembahkan melalui beberapa bentuk seperti jadual, graf, carta dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment