Sunday, November 15, 2009

AKTIVITI 3 : Tugasan 3: kolokium (kump.)

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR


MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN UNTUK BERKOMUNIKASI SECARA LISAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘VERBAL REPEATITION’ DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

PEMBENTANG :
Suzana Mohd Fauzi (P48659)
Ummi Salmah Adnan (P48606)
Najwa Hayatee Abdullah (P48610)

Ringkasan Kajian:

PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ dapat meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini juga dapat menilai adakah pelajar bermasalah pendengaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah ’ verbal repeatition’.

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian hasil penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ di dalam bilik darjah telah menunjukkan tindak balas yang positif dari pelajar bermasalah pendengaran. Pelajar dapat menyebut beberapa istilah di dalam matapelajaran yang diajar di sekolah. Pelajar juga boleh berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan mereka dengan mengeluarkan suara dan berjaya menyebut perkataan dengan betul. Kaedah ini juga telah menarik minat pelajar-pelajar yang pasif dan malu untuk mengeluarkan suara terlibat secara aktif dengan pelajar lain ketika proses P&P.

1) Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan?

Jawapan:

Kajian ini bertepatan dan bersesuaian dengan maksud kajian tindakan, dimana ia melibatkan penambahbaikkan dalam amalan pengajaran untuk meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar itu sendiri
.
2) Nyatakan sebab sesuai

Merujuk kepada permasalahan kajian, pengkaji telah mengenal pasti terlebih dahulu isu pelajar pendengaran yang tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi secara verbal dan mereka lebih selesa menggunakan bahasa isyarat sebagai medium komunikasi walaupun mereka mempunyai suara. Pengkaji juga melihat guru menjadi punca utama mengapa para pelajar kurang berkeyakinan untuk menggunakan suara. Dari situ, pengkaji telah membuat perancangan, pelaksanaan dan refleksi dalam melaksanakan pengajaran menggunakan verbal repeatition bersama-sama dengan bahasa isyarat yang mana lebih dikenali sebagai komunikasi seluruh.


MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI TEKNIK GUBAHAN LIRIK LAGU
NAMA PEMBENTANG :
ROBIAH BT MOHAMAD & SITI HAJJAR HASNAA BT YAHYA

OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan minat pelajar serta kaedah pengajaran guru dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
 Melatih para pelajar agar dapat mengingati fakta dengan mudah dan berkesan.
 Membina keyakinan dan jati diri pelajar.

DAPATAN KAJIAN
1.
Melalui rakaman audio, pengkaji mendapati bahawa pelajar merasa agak terkejut dan teruja walaupun pada mulanya pelajar merasa kekok & sukar menghayati lirik yang baru.
2. Hasilan daripada rakaman video pula menunjukkan para pelajar aktif melibatkan diri dalam tugasan yang diberikan serta bersemangat untuk menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri.
3. Melalui pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa para pelajar sentiasa aktif dan bertanya kepada guru ketika proses P & P. Pelajar juga menunjukkan semangat berpasukan serta tidak lagi bosan dan menunjukkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini.
4. Hasil daripada temubual pula, pengkaji mendapat respon daripada pelajar Tingkatan 4 bahawa teknik ini seronok kerana memberi kelainan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Manakala pelajar tingkatan 5 pula berpendapat teknik ini perlu diteruskan dan diberi penghargaan kepada pelajar yang menang.
1) Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan?

Kajian ini menepati maksud kajian tindakan

2) Nyatakan sebab sesuai

Ini kerana ia merupakan satu pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana pengkaji menggunakan pendekatan lirik lagu bagi meningkatkan minat para pelajar yang menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam mempunyai fakta yang banyak dan sukar diingat. Kajian ini menggunakan kaedah yang sistematik dalam membuat pengumpulan dan penganalisisan data.

PENAMBAHBAIKAN
:
Penggunaan perkataan 'meningkatkan' pada tajuk kajian tindakan ini adalah dirasakan tidak perlu digunakan kerana kajian tindakan dilakukan sememangnya bertujuan untuk meningkatkan sesuatu pencapaian atau perubahan kepada yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment